Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

6 Undang-Undang Malaysia A KTA 239 (c) yang oleh sebab pilihan mereka itu terikat oleh Skim Baru. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “gaji” ertinya gaji bulanan termasuklah apa-apa elaun berpencen yang kena dibayar mengikut tangga gaji dalam Skim Baru; “gaji yang akhir diterima” ertinya gaji hakiki bulanan sebenarnya yang akhir diterima yang dibayar kepada seseorang pekerja sebelum dia bersara atau mati atau dalam hal persaraan di bawah subseksyen 13(2) gaji hakiki bulanan sebenarnya yang akhir diterima yang dibayar kepadanya oleh pertubuhan itu semasa dia menikmati terma dan syarat yang sama seperti di dalam Skim Baru; dengan syarat bahawa bagi seseorang pekerja yang menerima apa-apa elaun berpencen, elaun berpencen itu hendaklah menjadi sebahagian daripada gaji yang akhir diterimanya; “Kumpulan Wang Simpanan Pekerja” ertinya kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [ Akta 452 ], termasuk sesuatu kumpulan wang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu; “majikan” ertinya pihak berkuasa berkanun atau tempatan; “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pencen; “pekerja” ertinya seseorang yang bekerja sepenuh masa dalam pihak berkuasa berkanun atau tempatan; “pekerja berpencen” ertinya seseorang pekerja yang telah diberikan taraf berpencen di bawah seksyen 6 atau yang disifatkan sebagai telah diberikan taraf berpencen di bawah subseksyen 6 A (6 C ) atau seksyen 7;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy