Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 239 AKTA PENCEN PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980 Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pentadbiran pencen, ganjaran dan faedah lain bagi pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan dan orang tanggungan mereka menurut penyemakan gaji dan had serta syarat perkhidmatan bagi pekerja itu yang dibuat oleh Kerajaan mulai dari 1 Januari 1976. [ 1 Januari 1976 ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 dan hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1976. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia bagi pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan— (a) yang telah memilih atau yang disifatkan telah memilih Skim Baru; (b) yang telah dilantik di bawah Skim Baru; atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy