Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

30 Undang-Undang Malaysia A KTA 239 Pembayaran hadiah untuk maklumat 30. (1) Pihak berkuasa pencen boleh memerintahkan pembayaran hadiah sebagaimana ia fikirkan patut kepada mana-mana anggota masyarakat untuk maklumat yang diberikan yang membawa kepada sabitan bagi— (a) kes penipuan untuk menikmati pencen dan faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini; atau (b) kesalahan di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (2) Apa-apa hadiah yang dibayar di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Penggulungan skim pencen 31. (1) Kumpulan wang sesuatu skim pencen pihak berkuasa berkanun atau tempatan di bawah Skim Baru hendaklah digulung pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan melalui pemberitahuan dalam Warta dalam setiap kes tertentu, dan apabila tergulungnya kumpulan wang tersebut segala aset hendaklah dipindahkan dan liabiliti dipertanggungkan, kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. (2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apabila tergulungnya kumpulan wang skim pencen pihak berkuasa berkanun atau tempatan, pihak berkuasa pencen hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan pihak berkuasa yang berkenaan bagi skim tersebut. (3) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengurangkan amaun pencen, ganjaran atau faedah lain yang seseorang pekerja itu sepatutnya layak menerima jika tidak kerana seksyen ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy