Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 29 (2) Jika apa-apa pembayaran dibuat dengan suci hati di bawah seksyen ini dan menurut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, pembayaran sedemikian hendaklah menjadi pelepasan yang sepenuh dan sepatutnya akan semua liabiliti dan tiada tindakan, guaman atau prosiding bagi pembayaran tersebut atau yang mempersoalkan tentang pembayaran tersebut boleh dibawa atau diadakan terhadap Kerajaan atau mana-mana pegawai atau pekhidmatnya. (3) Bagi maksud seksyen ini— (a) “orang tanggungan” ertinya— (i) balu kepada si mati; (ii) duda kepada si mati; (iii) anak kepada si mati; atau (iv) ibu kepada pekerja yang mati, atau jika ibunya telah mati, bapa tanggungannya; (b) “belum dibayar” ertinya belum dibayar oleh Kerajaan atau belum dikeluarkan oleh orang yang berkenaan. Peraturan-peraturan 28. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud Akta ini, tetapi peraturan-peraturan itu tidak boleh membuat peruntukan mengenai apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang lebih baik daripada pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Pencen 1980. Tindakan yang lalu 29. Perbuatan mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak berkuasa pencen sementara menanti pengisytiharan Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan dengan sempurnanya. (i) ( i) (iii)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy