Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

28 Undang-Undang Malaysia A KTA 239 dua puluh lima tahun, amaun yang kena dibayar di bawah Akta ini tidak boleh kurang daripada satu ratus lapan puluh ringgit sebulan atau apa-apa amaun sebagaimana ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta . Penggantungan pencen 26. (1) Jika seseorang pekerja yang diberikan pencen di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dilantik semula sebagai seorang pekerja tetap, maka Menteri boleh menggantung pencen itu sepanjang tempoh dia dilantik semula. (2) Tertakluk kepada subseksyen (1), jika seseorang pekerja telah bersara di bawah perenggan 11 (a) dan dalam tempoh lima tahun persaraannya pekerja itu melibatkan dirinya dalam apa-apa aktiviti yang mungkin bercanggah dengan tujuan dia disarakan, Menteri boleh menggantung pencennya sehingga dia mencapai umur enam puluh tahun atau genapnya tempoh bersara selama lima tahun, mengikut mana yang lebih awal. (2 A ) Jika seseorang pekerja yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik semula sebelum1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan „enam puluh‟ dengan perkataan „lima puluh lima‟ atau „lima puluh enam‟ atau „lima puluh lapan‟, mengikut mana-mana yang berkenaan. Pembayaran tanpa probet atau surat kuasa mentadbir 27. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang yang kepadanya apa-apa pembayaran boleh dibuat di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya mati sebelum pembayaran itu dibuat, amaun yang masih belum dibayar itu boleh dibayar kepada orang tanggungannya tanpa probet atau surat kuasa mentadbir.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy