Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 27 (2) Pencen atau faedah lain di bawah subseksyen (1) itu hendaklah diberikan semula dengan kuat kuasa kebelakangan bagi seseorang yang selepas disabitkan mendapat pengampunan. (3) Jika sesuatu pencen atau faedah lain terhenti di bawah subseksyen (1), Menteri boleh memberikan elaun tanggungan nafkah yang banyaknya sama dengan semua atau mana-mana bahagian daripada wang yang pesara itu sepatutnya berhak mendapat sebagai pencen atau faedah lain yang difikirkannya patut kepada isteri atau anak pesara untuk nafkah dan faedah mereka dan, selepas tamat tempoh hukumannya, juga bagi faedah pesara itu sendiri. Pencen, dsb., akan terhenti apabila memperoleh kewarganegaraan negara lain 23 A . (1) Jika seseorang yang telah diberikan pencen atau faedah lain di bawah Akta ini telah dengan sukarelanya (selain perkahwinan) memperoleh kewarganegaraan, atau telah menggunakan hak kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharan kesetiaan kepada, mana-mana negara lain selain Malaysia atau telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya, pencen atau faedah lain tersebut hendaklah terhenti dengan serta-merta. (2) Jika pencen atau faedah lain terhenti di bawah subseksyen (1) tiada pencen atau faedah lain boleh diberikan kepada orang tanggungan. Pencen maksimum 24. Pencen yang diberikan di bawah seksyen 9, 15 atau 16 tidak boleh melebihi tiga per lima daripada gaji yang akhir diterima oleh pekerja itu. Pencen serendah-rendahnya bagi perkhidmatan penuh 25. Berkenaan dengan pencen yang telah dikira berdasarkan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira selama tidak kurang daripada

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy