Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

26 Undang-Undang Malaysia A KTA 239 (b) kematian itu berlaku dalam tempoh tujuh tahun dari tarikh dia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu. Pencen, dsb., tidak boleh diserah hak 21. Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini tidak boleh diserah hak atau dipindah milik atau ditahan, diasingkan atau dilevi mengenai sesuatu tuntutan kecuali bagi maksud— (a) menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan; (b) menunaikan perintah sesuatu Mahkamah supaya dibayar jumlah wang berkala untuk nafkah bagi isteri atau bekas isteri atau anak, sama ada sah taraf atau tidak, pekerja yang kepadanya telah diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain itu; atau (c) menunaikan perintah mahkamah yang dikeluarkan berhubung dengan perkara kebankrapan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengannya. 22. ( Dipotong oleh Akta A1410 ). Pencen, dsb., terhenti apabila disabitkan 23. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika mana-mana orang yang telah diberikan pencen atau faedah lain di bawah Akta ini dikenakan hukuman mati atau penjara selama sesuatu tempoh oleh suatu Mahkamah, maka pencen atau faedah lain itu hendaklah terhenti dengan serta-merta.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy