Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 25 mana-mana orang tanggungan lain berikutan dari pemberhentian itu hendaklah disifatkan telah dilakukan dengan sempurna dan sahnya. (2) Jika subseksyen (1) adalah terpakai, tetapi anak itu layak di bawah Akta ini dibayar pencen terbitan atau faedah lain, anak itu hendaklah, tertakluk kepada seksyen 17, dibayar bahagian pencen terbitan atau faedah lain yang kena dibayar kepadanya mulai dari tersiarnya Akta ini. Pencen hilang upaya 19. (1) Sebagai tambahan kepada pembayaran di bawah seksyen 9, Menteri boleh memberikan pencen hilang upaya di bawah peraturan-peraturan itu jika seseorang pekerja, selain seorang pekerja kontrak, adalah dikehendaki bersara akibat dari— (a) menanggung bencana semasa melaksanakan dan berbangkit daripada melaksanakan tugas rasminya atau disebabkan oleh kemalangan dalam perjalanan; atau (b) mendapat penyakit yang kerana jenis tugasnya itu menyebabkan dirinya terdedah. (2) Bagi maksud subseksyen (1), “bencana” atau “penyakit” ertinya bencana atau penyakit yang bukan disebabkan oleh, atau yang tidak menjadi semakin teruk oleh kerana atau yang tidak berpunca dari, kecuaian atau salah lakunya. Pencen tanggungan 20. Sebagai tambahan kepada pencen terbitan dan ganjaran terbitan, Menteri boleh memberikan kepada orang tanggungan seseorang pekerja suatu pencen tanggungan yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu jika— (a) pekerja itu mati dalam hal keadaan di bawah seksyen 19; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy