Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

24 Undang-Undang Malaysia A KTA 239 (2) Jika seseorang pekerja berpencen mati selepas persaraannya tetapi sepanjang tempoh persaraan sebelum kematian pekerja itu pencennya telah tidak diberi atau telah terhenti di bawah seksyen 23, maka subseksyen (1) hendaklah terpakai dan bagi maksud itu pekerja itu hendaklah disifatkan sebagai telah menerima pencen itu. 16 A . ( Dipotong oleh Akta A1344 ). Terhentinya pencen terbitan 17. Pencen terbitan yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah terhenti jika penerimanya— (a) ( Dipotong oleh Akta A1172 ); (b) seorang anak, selain anak yang cacat otak atau hilang upaya jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri atau seorang anak yang disebut dalam perenggan (c) , apabila berkahwin atau apabila mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang lebih dahulu; atau (c) seorang anak yang sedang mendapat pendidikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melampaui pelajaran yang menuju ke arah ijazah pertama, apabila tamat atau berhenti mendapat pendidikan itu atau apabila berkahwin, mengikut mana yang lebih dahulu. Terhentinya pencen bagi anak yang telah mencapai umur lapan belas tahun disifatkan sah 18. (1) Walau apa pun peruntukan seksyen 17, jika sebelum penyiaran Akta ini apa-apa bayaran mengenai pencen terbitan atau faedah lain yang kena dibayar kepada seorang anak telah terhenti setelah anak itu mencapai umur lapan belas tahun, pemberhentian itu dan apa-apa pembahagian pencen terbitan atau faedah lain kepada

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy