Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 17 Persaraan paksa 10. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), seseorang pekerja hendaklah bersara dari perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan apabila mencapai umur enam puluh tahun. (2) ( Dipotong oleh Akta A1125 ). (3) Jika seseorang pekerja mencapai umur persaraan paksa lima puluh lima, lima puluh enam, lima puluh lapan atau enam puluh tahun mengikut mana-mana yang berkenaan, dan suatu prosiding jenayah atau tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan pekerja itu disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui mana-mana umur itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi dikira cuti tanpa gaji sehingga kesnya diputuskan. (4) Jika prosiding jenayah atau tatatertib di bawah subseksyen (3) itu tidak berkeputusan dengan dia disabitkan atau dibuang kerja, dia hendaklah bersara apabila mencapai umur lima puluh lima, lima puluh enam, lima puluh lapan atau enam puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan umur persaraan paksanya, dan tempoh perkhidmatan selepas mana-mana umur ini, mengikut mana- mana yang berkenaan, tidak dikira sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. (5) Pihak berkuasa yang berkenaan boleh, dengan persetujuan pihak berkuasa pencen, menghendaki mana-mana pekerja supaya bersara dari perkhidmatan dalam pihak berkuasa berkanun atau tempatan— (a) jika pihak berkuasa pencen berpuas hati atas keterangan doktor bahawa pekerja itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya, disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh badan yang mungkin menjadi kekal; (b) apabila jawatan yang dipegangnya dihapuskan; (c) bagi maksud supaya organisasi pihak berkuasa berkanun atau tempatan yang pekerja itu bekerja mudah diperbaiki

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy