Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

16 Undang-Undang Malaysia A KTA 239 (4) Jika amaun caruman bulanan yang seseorang majikan kena bayarkan bagi semua pekerja berpencen tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu, majikan itu hendaklah membayar bunga atas amaun itu mengikut kadar setengah peratus bagi tiap-tiap satu bulan atau sebahagian daripada sebulan selepas tamatnya tempoh selama mana amaun itu masih tidak berbayar kecuali bahawa bunga hendaklah dipungut hanya bagi tunggakan yang berlaku selepas 1 Januari 1981. (5) Menteri boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, melalui perintah meminda kadar di bawah subseksyen (1) dan (4). (6) Menteri Kewangan boleh mengecualikan bunga yang kena dibayar di bawah subseksyen (4) oleh majikan tersebut jika dia berpuas hati bahawa kelewatan itu bukan disebabkan oleh suatu perbuatan sengaja atau adalah disebabkan oleh suatu perbuatan yang di luar pengawalan majikan tersebut. Pemberian pencen, dsb. 9. (1) Seseorang pekerja berpencen boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila— (a) dipaksa bersara di bawah seksyen 10; (b) bersara di bawah seksyen 11; atau (c) memilih bersara di bawah seksyen 12 setelah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. (2) Seseorang pekerja berpencen boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain jika dia bersara di bawah seksyen 13.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy