Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 15 bertanggungjawab atas pemberian taraf berpencen kepada pekerja itu di bawah seksyen 6. Caruman 8. (1) Seseorang majikan hendaklah membuat caruman bulanan kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 [ Akta 454 ] mengikut kadar sebanyak tujuh belas setengah peratus dari gaji bulanan pekerja bagi tiap-tiap orang pekerja berpencen dan kadar itu hendaklah mula berkuat kuasa dari 1 Januari 1981. (1 A ) Pertubuhan yang seseorang pekerja berpencen dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan di bawah subseksyen 13(2) hendaklah membuat caruman bulanan kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 mengikut kadar sebanyak tujuh belas setengah peratus daripada gaji bulanan pekerja itu berkenaan dengan setiap orang pekerja berpencen semasa dia menikmati terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti di dalam Skim Baru. (2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), semua caruman bulanan oleh seseorang majikan sehingga 31 Disember 1980 hendaklah dibayar masuk ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977 dan setelah tergulungnya Kumpulan Wang itu, semua caruman dan pendapatannya, ditolak apa-apa pembayaran yang dibuat mengenai pencen, ganjaran atau faedah yang diberikan di bawah Akta ini, hendaklah dipindahkan ke Kumpulan Wang Disatukan. (3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), semua caruman yang dibuat oleh seseorang majikan bagi tiap-tiap orang pekerja berpencen mengikut kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977 sehingga 31 Disember 1980 hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat dengan sempurnanya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy