Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

14 Undang-Undang Malaysia A KTA 239 (b) berkahwin semasa dalam perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, perkahwinannya hendaklah, bagi maksud seksyen 16, disifatkan sebagai perkahwinan yang telah berlaku ketika pekerja itu masih dalam perkhidmatan. Pekerja disifatkan menjadi pekerja berpencen 7. Tanpa menyentuh seksyen 6, pekerja yang berikut hendaklah disifatkan menjadi pekerja berpencen: (a) seseorang pekerja yang telah dimasukkan atau layak untuk dimasukkan dalam perjawatan berpencen di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977 sebelum daripada 1 Julai 1977 bagi seseorang pekerja di Semenanjung Malaysia atau 1 Julai 1978 bagi seseorang pekerja di Sabah atau Sarawak; (b) seseorang pekerja yang telah diberikan taraf seorang pekerja berpencen oleh pihak berkuasa yang berkenaan sebelum penyiaran Akta ini; (c) seseorang pegawai berpencen di bawah Akta Pencen 1980 [ Akta 227 ] atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain dan yang ditukar tetap secara lantikan ke pihak berkuasa berkanun atau tempatan; dan (d) seseorang pekerja tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan, yang bersara atas sebab perubatan atau di bawah seksyen 13 sebelum genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira: Dengan syarat bahawa jika seseorang pekerja didapati telah diberikan taraf sebagai seorang pekerja berpencen dengan salahnya oleh pihak berkuasa yang berkenaan, pihak berkuasa pencen boleh mengarahkan pihak berkuasa yang berkenaan itu supaya membatalkan pemberian taraf itu dan selepas itu pihak berkuasa pencen hendaklah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy