Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 13 perkhidmatannya selepas opsyennya mula berkuat kuasa tidak boleh diambil kira bagi maksud menghitung perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira. Majikan boleh menawarkan skim di bawah seksyen 6 E 6 F . Bagi maksud Akta ini, adalah sah bagi seseorang majikan menawarkan kepada pekerjanya opsyen yang disebut dalam seksyen 6 E . Keberterusan pemakaian Akta ini dan pemakaian Akta 452 6 G . (1) Tertakluk kepada subseksyen 6 E (4), peruntukan Akta ini, kecuali subseksyen 6 A (4), seksyen 6 B , 6 C , 6 D dan subseksyen 8(1), hendaklah terus terpakai, dan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 hendaklah terpakai, bagi pekerja berpencen yang memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di bawah subseksyen 6 E (1). (2) Bagi maksud Akta ini, jika seseorang pekerja berpencen memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di bawah subseksyen 6 E (1), dia boleh, apabila dia bersara di bawah seksyen 10, 11, 12 atau 13 daripada perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain berasaskan perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira dalam pihak berkuasa berkanun atau tempatan itu, yang dihitung mengikut peraturan-peraturan. (3) Jika seseorang pekerja berpencen yang memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di bawah subseksyen 6 E (1) — (a) meninggal dunia dalam perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, pekerja itu hendaklah, bagi maksud seksyen 15, disifatkan telah meninggal dunia dalam perkhidmatan; atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy