Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

12 Undang-Undang Malaysia A KTA 239 Caruman kebelakangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 6 C . Seseorang majikan hendaklah membuat caruman, berkenaan dengan setiap pekerja berpencen yang opsyennya telah mula berkuat kuasa, kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada kadar tujuh belas setengah peratus daripada gaji bulanan pekerja itu bagi setiap bulan dalam tempoh yang bermula pada tarikh pekerja itu menjadi pekerja berpencen di bawah seksyen 6 atau seksyen 7 dan berakhir pada tarikh dia terhenti menjadi pekerja berpencen di bawah seksyen 6 B . Majikan boleh menawarkan Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 6 D . Bagi maksud Akta ini, adalah sah bagi seseorang majikan menawarkan kepada pekerjanya opsyen untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di bawah seksyen 6 B . Pekerja berpencen boleh memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 6 E . (1) Seseorang pekerja yang telah diberikan taraf pekerja berpencen di bawah seksyen 6 atau disifatkan menjadi pekerja berpencen di bawah perenggan 7 (a) , (b) atau (c) , boleh memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. (2) Opsyen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa melantik yang berkenaan mengikut suatu cara yang diluluskan oleh pihak berkuasa pencen. (3) Pelaksanaan opsyen oleh seseorang pekerja di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa apabila opsyen itu disetuju terima oleh pihak berkuasa melantik yang berkenaan dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad. (4) Seseorang pekerja berpencen hendaklah terus menjadi pekerja berpencen apabila opsyennya mula berkuat kuasa, tetapi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy