Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 11 (6 C ) Jika seseorang pekerja telah memilih pencen, ganjaran atau faedah lain menurut subseksyen (6 A ) dan mati sebelum opsyen itu menjadi muktamad menurut subseksyen (6 B ), pekerja itu disifatkan menjadi pekerja berpencen dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai baginya mulai tarikh kematiannya. Pekerja berpencen boleh memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 6 B . (1) Seseorang pekerja— (a) yang telah diberikan taraf pekerja berpencen di bawah seksyen 6 atau disifatkan menjadi pekerja berpencen di bawah perenggan 7 (a) , (b) atau (c) ; atau (b) yang telah dilantik sebelum 12 April 1991 dan belum diberi taraf pekerja berpencen, boleh memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. (2) Opsyen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa melantik yang berkenaan mengikut suatu cara yang diluluskan oleh pihak berkuasa pencen. (3) Pelaksanaan opsyen oleh seseorang pekerja di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa apabila opsyen itu disetuju terima oleh pihak berkuasa melantik yang berkenaan dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad. (4) Seseorang pekerja berpencen hendaklah terhenti menjadi pekerja berpencen apabila opsyennya mula berkuat kuasa. (5) Tertakluk kepada subseksyen (6), peruntukan Akta ini, khususnya subseksyen 8(1), hendaklah terhenti terpakai bagi seseorang pekerja berpencen apabila opsyennya mula berkuat kuasa. (6) Subseksyen 6 A (5) dan (6) dan seksyen 6 C dan 6 D hendaklah terpakai bagi seseorang pekerja yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di bawah seksyen ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy