Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

Penyelarasan Pencen 9 mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini, atau yang diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan; “perkhidmatan awam” ertinya— (a) perkhidmatan kehakiman dan perundangan; (b) perkhidmatan awam am bagi Persekutuan; (c) pasukan polis; (d) perkhidmatan keretapi; (e) perkhidmatan pelajaran; (f) perkhidmatan awam bersama yang tersebut dalam Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan; (g) perkhidmatan awam bagi tiap-tiap satu Negeri; (h) Perkhidmatan Parlimen yang tersebut dalam *Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 [ Akta 394 ]; dan (i) mana-mana perkhidmatan lain yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah dalam Warta sebagai perkhidmatan awam bagi maksud Akta ini; “perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya apa-apa perkhidmatan seseorang pegawai di Malaysia atau dalam mana-mana wilayah yang sekarang ini menjadi sebahagian dari Malaysia yang telah digunakan dalam menghitung pencen atau faedah lain bagi pegawai itu apabila ia bersara atau bagi tanggungannya apabila ia mati; ________________________________________________________ * CATATAN —Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 [ Akta 394 ] telah dimansuhkan oleh perenggan 7 (d) Akta A837— lihat juga seksyen 7 untuk kedudukan ahli Pekhidmat Parlimen.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy