Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

8 Undang-Undang Malaysia A KTA 238 hakiki bulanan yang akhir diterima sebenarnya oleh orang itu semasa beliau berada akhir sekali dalam perkhidmatan Persekutuan di wilayah itu; atau (d) dalam hal seorang pegawai yang disebut dalam peraturan 2 Peraturan-Peraturan Pencen 1957 [ L.N. 233/1957 ], gaji hakiki bulanan yang akhir diterima bagi jawatan yang dipilih atau mungkin telah dipilihnya bagi maksud menghitung perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira di bawah peraturan itu; dan jika pegawai atau orang itu ada menerima atau telah menerima atau berhak menerima apa-apa elaun berpencen dalam perkhidmatan awam atau dalam perkhidmatan suatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan atau, dalam hal seorang yang tersebut dalam perenggan (c), dalam perkhidmatan mana-mana wilayah yang menjadikan Malaysia, elaun berpencen hendaklah menjadi sebahagian daripada gaji yang akhir diterimanya; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; “orang tanggungan” ertinya balu, duda, anak, emak atau bapa seseorang pegawai yang mati; “pegawai” ertinya seseorang pegawai perkhidmatan awam atau seseorang pekerja pihak berkuasa berkanun atau tempatan yang, sebelum ia bersara atau mati, telah berkhidmat di Malaysia atau dalam mana-mana wilayah yang sekarang ini menjadi sebahagian dari Malaysia; “pegawai berpencen” ertinya seseorang pegawai yang telah dimasukkan dalam perjawatan berpencen atau yang telah diberi taraf berpencen atau yang apabila bersara atau mati adalah disifatkan sebagai berpencen di bawah mana-mana undang-undang bertulis; “pencen atau faedah lain” termasuk pencen, elaun persaraan, elaun tahunan, pencen hilang upaya, elaun bencana, pencen terbitan, elaun persaraan terbitan dan pencen orang tanggungan yang diberi di bawah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy