Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

6 Undang-Undang Malaysia A KTA 238 (b) orang tanggungan bagi pegawai yang tersebut dalam perenggan (a) yang, apabila pegawai yang berkenaan itu mati semasa dalam perkhidmatan atau semasa bersara, menerima pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (c) orang tanggungan bagi pegawai yang tersebut dalam perenggan (a) yang menjadi orang tanggungan yang, sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, tidak berhak menerima pencen dan faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan (d) orang tanggungan bagi pegawai yang telah mati atau mati dalam perkhidmatan di bawah skim lama di mana pegawai itu telah pernah atau telah disahkan dalam jawatan mereka dan, berkenaan dengan pegawai berpencen, diletakkan dalam perjawatan berpencen mengikut undang-undang bertulis atau terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai bagi hal mereka, sebagai orang tanggungan yang, sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, tidak berhak menerima pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis. (3) ( Dipotong oleh Akta A1345 ). (4) ( Dipotong oleh Akta A1345 ). Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain — “anak” ertinya anak seorang pegawai yang mati — (a) iaitu anak yang di bawah umur dua puluh satu tahun dan termasuk — (i) anak yang lahir selepas kematian pegawai itu,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy