Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 238 AKTA PENYELARASAN PENCEN 1980 Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai penyelarasan pencen dan faedah lain bagi pegawai dalam perkhidmatan awam dan dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan dan bagi orang tanggungan pegawai itu, mengenai pemberian dan penyelarasan pencen dan faedah lain bagi orang tanggungan dari kategori tertentu pegawai itu, dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: [ 1 Julai 1980 ] Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyelarasan Pencen 1980 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1980. (2) Tertakluk kepada seksyen ini, Akta ini terpakai di seluruh Malaysia berkenaan dengan— (a) pegawai yang, apabila bersara, menerima atau adalah berhak menerima pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy