Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

Penyelarasan Pencen 23 Elaun yang kena dibayar mengikut perkiraan tadbiran hendaklah terhenti 14. (1) Walau apa pun peruntukan yang berlawanan tetapi tertakluk kepada Akta ini, semua elaun yang kena dibayar di bawah apa-apa perkiraan tadbiran (selain dari pencen dan faedah lain yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini atau diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini) hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, terhenti dari kena dibayar. (2) Apa-apa elaun yang kena dibayar kepada pemegang sesuatu pingat di bawah Perintah Angkatan Tentera No. 627/56 adalah terhenti dari kena dibayar hanya atas kematian pegawai yang berkenaan itu. (3) Jika jumlah amaun apa-apa pencen atau faedah lain yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini atau diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini adalah kurang daripada jumlah amaun pencen atau faedah lain yang sedang diterima, maka jumlah amaun pencen atau faedah lain yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah sama dengan jumlah amaun yang sedang diterima. (4) Dalam subseksyen (3), perbahasaan “jumlah amaun yang sedang diterima” ertinya pencen atau faedah lain, berserta dengan apa-apa bayaran berkaitan yang lain, yang sebenarnya diterima oleh orang yang berkenaan itu sebelum penyelarasan yang hendak dibuat di bawah Akta ini apabila sahaja dilaksanakan tangga gaji semasa itu. Pemulihan pencen 15. (1) Jika, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, seseorang pegawai telah diberikan pencen susutan menurut pilihannya bagi pencen gantian tetap, pegawai itu, setelah tamat tempoh dua belas tahun setengah dari tarikh dia bersara, adalah layak dipulihkan pencennya; dengan syarat bahawa pemulihan itu —

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy