Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

Penyelarasan Pencen 21 12. ( Dipotong oleh Akta A568 ). Jika maklumat tidak mencukupi untuk menentukan amaun pencen, dsb. 13. Jika, bagi maksud memberi dan menyelaraskan atau menyelaraskan apa-apa pencen atau faedah lain di bawah Akta ini, Ketua Pengarah tidak memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkannya menentukan amaun pencen atau faedah lain yang kena dibayar, maka amaun yang kena dibayar itu, dalam hal — (a) pencen atau elaun persaraan, ialah lima puluh peratus daripada pencen atau elaun persaraan tertinggi sekali yang kena dibayar kepada seorang pegawai yang setara tingkatannya atas tangga gaji semasa dengan pegawai yang pencen atau elaun persaraannya hendak diselaraskan di bawah Akta ini; (b) pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan, hendaklah sama amaunnya dengan pencen atau elaun persaraan yang kena dibayar di bawah perenggan (a); (c) pencen hilang upaya atau elaun bencana, ialah lima puluh peratus daripada pencen hilang upaya atau elaun bencana maksimum yang kena dibayar, dihitung berdasarkan faktor tertinggi sekali yang diperuntukkan di bawah undang-undang bertulis yang menurutnya pegawai itu bersara dan gaji tertinggi sekali yang kena dibayar kepada seseorang pegawai yang setara tingkatannya atas tangga gaji semasa dengan pegawai yang pencen hilang upaya atau elaun bencananya hendak diselaraskan di bawah Akta ini; (d) pencen orang tanggungan, ialah lima puluh peratus daripada pencen orang tanggungan yang maksimum yang kena dibayar, dihitung berdasarkan faktor tertinggi sekali yang diperuntukkan di bawah undang-undang bertulis yang menurutnya pegawai itu mati semasa dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy