Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

20 Undang-Undang Malaysia A KTA 238 (6) Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2). (7) Bagi maksud seksyen ini, “gaji bersamaan yang akhir diterima” ertinya gaji bersamaan yang akhir diterima yang telah diselaraskan pada 1 Januari 2012 menurut Akta ini sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini. Pindaan tempoh maksimum perkhidmatan yang boleh dimasuk kira 10 A . (1) Jika tempoh maksimum perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah mana-mana undang-undang bertulis dipinda, penyelarasan mengikut subseksyen 3(1) kepada pencen atau faedah lain hendaklah diubah suai dengan sewajarnya dan hendaklah berasaskan amaun pencen atau faedah lain itu yang dihitung berdasarkan gaji isyarat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah melalui formula yang ditetapkan di bawah undang-undang bertulis itu. (2) Dalam menentukan penghitungan gaji isyarat bagi maksud subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh menggunakan penghitungan gaji isyarat sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen 10(3) dengan ubahsuaian yang perlu. Pencen hilang upaya, dsb. adalah tambahan kepada pencen dan faedah lain 11. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, pencen hilang upaya atau elaun bencana dan pencen orang tanggungan yang tersebut dalam seksyen seksyen 3 A dan 10 hendaklah dibayar atau adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada apa-apa pencen atau faedah lain yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini atau yang diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini, mengikut mana yang berkenaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy