Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

Penyelarasan Pencen 19 Penyelarasan pencen orang tanggungan 10. (1) Jika pencen orang tanggungan diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, maka pencen orang tanggungan itu hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen 3(1) tetapi faktor yang terpakai hendaklah faktor yang terpakai di bawah undang-undang bertulis itu. (2) Jika faktor yang disebut dalam subseksyen (1) berubah mengikut kelayakan orang tanggungan itu sebagaimana yang ditetapkan di bawah undang-undang bertulis itu, pencen orang tanggungan hendaklah diselaraskan berdasarkan gaji isyarat sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (3) dengan menggunakan faktor baru yang terpakai di bawah undang-undang bertulis itu. (3) Gaji isyarat— (a) dalam hal orang tanggungan yang menerima pencen orang tanggungan sebelum atau pada 1 Januari 2012, ialah amaun gaji bersamaan yang akhir diterima yang diterima oleh pegawai pada 1 Januari 2012 yang telah dihitung dengan kenaikan sebanyak dua peratus setiap tahun sehingga tahun apabila faktor itu berubah; (b) dalam hal orang tanggungan yang menerima pencen orang tanggungan pada atau selepas 2 Januari 2012, ialah amaun gaji yang akhir diterima yang diterima oleh pegawai pada tarikh kematiannya yang telah dihitung dengan kenaikan sebanyak dua peratus setiap tahun sehingga tahun apabila faktor itu berubah. (4) Jika peratusan kenaikan yang lebih tinggi telah ditetapkan di bawah subseksyen 3(2), kenaikan yang ditetapkan di bawah subseksyen (3) hendaklah dihitung dengan menggunakan peratusan lebih tinggi yang ditetapkan itu. (5) Amaun pencen orang tanggungan yang diselaraskan di bawah subseksyen (2) hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan di bawah subseksyen (1) dalam tahun-tahun berikutnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy