Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

18 Undang-Undang Malaysia A KTA 238 dibayar mengikut apa-apa kadar sebagaimana difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong dan pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu boleh diumpukkan semula di kalangan penerima lain yang berhak bila-bila masa sahaja seorang penerima mati atau tidak lagi berhak mendapat pembayaran itu. 6. ( Dipotong oleh Akta A1447 ). 7. ( Dipotong oleh Akta A568 ). Pencen, dsb., terendah sekali bagi perkhidmatan penuh 8. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tetapi tertakluk kepada subseksyen 3(1), jika apa-apa pencen atau faedah lain yang diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini atau yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini adalah dihitung berdasarkan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira selama tidak kurang daripada dua puluh lima tahun — (a) amaun pencen atau pencen terbitan terendah sekali yang kena dibayar selepas penyelarasan tidaklah boleh kurang daripada seratus lapan puluh ringgit sebulan; (b) amaun elaun persaraan atau elaun persaraan terbitan terendah sekali yang kena dibayar selepas penyelarasan tidaklah boleh kurang daripada tiga perempat daripada seratus lapan puluh ringgit sebulan. (2) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta menambah amaun pencen atau faedah lain yang terendah sekali yang kena dibayar menurut seksyen ini. 9. ( Dipotong oleh Akta A1447 ).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy