Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

Penyelarasan Pencen 17 (c) jika seseorang anak angkat, telah diangkat semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (d) jika seorang anak tidak sah taraf, telah dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan. (5) Untuk mengelakkan keraguan, maka adalah ditetapkan bahawa jika perkahwinan dengan pegawai berkenaan itu telah dilangsungkan selepas persaraannya dan kematiannya berlaku dalam tempoh dua puluh tahun dari persaraannya, balunya, atau anak dari perkahwinan itu, atau kedua-duanya balu dan anak itu, mengikut mana yang berkenaan, adalah berhak mendapat pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan mengikut hak pegawai itu tetapi hanya selama tempoh perbezaannya antara tempoh dua puluh tahun dan tempoh selama mana pegawai itu berada dalam persaraannya; dan jika kematian pegawai itu berlaku selepas tempoh dua puluh tahun dari persaraannya, tiada apa-apa pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan adalah kena dibayar. (6) Walau apa pun peruntukan seksyen ini dan subseksyen 3(1), tiada apa-apa pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu boleh dibuat atau, jika dibuat, pembayaran itu hendaklah terhenti, jika penerimanya — (a) ( Dipotong oleh Akta A1169 ); (b) seorang anak, selain daripada seorang anak yang tersebut dalam perenggan ( b ) bagi pentafsiran “anak” dalam seksyen 2 atau dalam perenggan (c) , apabila berkahwin atau mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang berlaku dahulu; (c) seorang anak yang mendapat didikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melampaui didikan yang menuju ke arah ijazah pertama, apabila tamat atau terhenti mendapat didikan itu atau apabila berkahwin, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu. (7) Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini hendaklah dibayar atau adalah kena

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy