Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

16 Undang-Undang Malaysia A KTA 238 (2 B ) Walau apa pun subseksyen (2 A ), jika seseorang orang tanggungan layak untuk diberi pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan di bawah subseksyen (1) tetapi tidak dibayar pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu pada 1 Januari 2013, penyelarasan pencen terbitan atau faedah lain itu hendaklah terlebih dahulu dibuat sehingga 31 Disember 2012 mengikut seksyen ini dan peruntukan berkaitan yang lain yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2013 sebelum pencen terbitan atau faedah lain itu diselaraskan mengikut subseksyen 3(1). (2 C ) Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (2) adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2). (3) Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberi di bawah subseksyen (1) dan diselaraskan di bawah Akta ini hendaklah dibayar seumur hidup jika penerimanya — (a) seorang balu kepada seorang pegawai yang tersebut dalam perenggan (a) atau (b) subseksyen (1); (b) seorang anak yang tersebut dalam perenggan ( b ) bagi pentafsiran “anak” dalam seksyen 2. (4) Walau apa pun peruntukan subseksyen (3) dan subseksyen 3(1), pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu selepas habisnya tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraan pegawai atau tarikh sebaik selepas tarikh kematian pegawai dalam perkhidmatan hanyalah boleh dibuat jika penerimanya — (a) jika seorang balu kepada seorang pegawai, telah berkahwin dengan pegawai itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (b) jika seorang anak atau anak angkat tanggungan, ialah anak atau anak angkat tanggungan dari perkahwinan yang telah berlangsung semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy