Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

Penyelarasan Pencen 15 Pemberian dan penyelarasan pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan bagi orang tanggungan tertentu di bawah skim lama 5. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan tetapi tertakluk kepada Akta ini, jika seseorang pegawai telah mati atau mati semasa — (a) dalam perkhidmatan di bawah skim lama dan — (i) dia telah atau telah pernah disahkan dalam jawatannya dan diletakkan dalam perjawatan berpencen; atau (ii) dia tetap akan berhak apabila bersara mendapat elaun tahunan yang juga dipanggil elaun persaraan; atau (b) dalam persaraan di bawah skim lama dan dia telah mendapat atau tetap berhak mendapat pencen atau elaun tahunan yang juga dipanggil elaun persaraan, mengikut undang-undang bertulis atau terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai bagi kesnya, balu atau anaknya, atau kedua-dua balu dan anaknya, jika tidak mendapat atau tidak berhak mendapat apa-apa pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, diberi pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan mengikut layak atau hak pegawai itu mendapat pencen atau elaun tahunan yang juga dipanggil elaun persaraan. (2) Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen 3(1). (2 A ) Amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1) iailah amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang telah diselaraskan sehingga 31 Disember 2012.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy