Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

Penyelarasan Pencen 13 (2) Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain dan diselaraskan di bawah subseksyen 3(1) hendaklah dibayar seumur hidup jika penerimanya — (a) seorang balu kepada seorang pegawai atau, dalam hal seorang pegawai yang Akta Pencen 1980 [ Akta 227 ] atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [ Akta 239 ] terpakai baginya, balu atau dudanya; (b) seorang anak yang tersebut dalam perenggan (b) bagi pentafsiran “anak” dalam seksyen 2. (3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (2) dan subseksyen 3(1), pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu selepas habisnya tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraan seseorang pegawai atau tarikh sebaik selepas tarikh kematian pegawai dalam perkhidmatan hanyalah boleh dibuat jika penerima — (a) jika seorang balu kepada seorang pegawai atau, dalam hal seorang pegawai yang Akta Pencen 1980 atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 terpakai baginya, balu atau dudanya, telah berkahwin dengan pegawai itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (b) jika seorang anak atau anak angkat tanggungan, ialah anak atau anak angkat tanggungan dari perkahwinan yang telah berlangsung semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (c) jika seorang anak angkat, telah diangkat semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; ( d ) jika seorang anak tidak sah taraf, telah dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy