Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

12 Undang-Undang Malaysia A KTA 238 upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang diberikan kepada pegawai itu. (3) Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2). Penyelarasan pencen dan faedah lain terendah sekali 3 B . Jika seseorang pegawai menerima amaun pencen atau faedah lain terendah sekali yang kena dibayar menurut seksyen 8, amaun terendah sekali tersebut hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1). Penyelarasan pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain 4. (1) Apa-apa pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diterima di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen 3(1). (1 A ) Amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1)— (a) dalam hal penerima yang menerima pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan sebelum atau pada 1 Januari 2012, ialah amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang telah diselaraskan pada tarikh itu; (b) dalam hal penerima yang menerima pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan pada atau selepas 2 Januari 2012, ialah amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberikan kepada penerima. (1 B ) Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy