Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

Penyelarasan Pencen 11 (2) Walau apa pun subseksyen (1), jika pemakaian kadar kenaikan yang ditetapkan akan mengakibatkan suatu keadaan yang kurang baik bagi seseorang pegawai yang dilantik sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta menetapkan peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang sesuai untuk dipakai dalam hal sedemikian. (3) Bagi maksud suatu perintah di bawah subseksyen (2), Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan— (a) peratusan kenaikan yang berlainan bagi kategori penerima yang berlainan; (b) bahawa peratusan kenaikan yang lebih tinggi itu hendaklah hanya terpakai bagi sesuatu tahun yang ditetapkan atau mana-mana bahagian daripadanya, dan dalam hal sedemikian, tarikh yang padanya penyelarasan itu hendaklah kena dibayar. Penyelarasan pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana 3 A . (1) Pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang diterima oleh seseorang pegawai di bawah mengikut subseksyen 3(1). (2) Amaun pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1)— (a) dalam hal pegawai yang bersara sebelum atau pada 1 Januari 2012, ialah amaun pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang telah diselaraskan pada tarikh itu; (b) dalam hal pegawai yang bersara pada atau selepas 2 Januari 2012, ialah amaun pencen, pencen hilang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy