Akta 238 - Akta Penyelarasan Pencen 1980

10 Undang-Undang Malaysia A KTA 238 “pihak berkuasa berkanun atau tempatan” ertinya suatu pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan suatu pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan; “skim lama” ertinya skim yang berkenaan mengenai gaji dan terma serta syarat perkhidmatan yang terpakai bagi pegawai dalam perkhidmatan awam dan pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan yang mana penyemakan gaji dan terma serta syarat perkhidmatan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mulai dari 1 Januari 1976, atau apa-apa penyemakan lain yang kemudiannya tentang gaji, atau terma dan syarat perkhidmatan, atau kedua-duanya yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, dari semasa ke semasa, adalah tidak terpakai bagi mereka; “tangga gaji semasa” ertinya tangga gaji terakhir yang terpakai, pada atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, bagi pegawai dalam perkhidmatan awam dan pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan yang mana penyemakan gaji yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mulai dari l Januari 1976, atau apa-apa penyemakan lain yang kemudiannya yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, dari semasa ke semasa, adalah terpakai bagi mereka; “undang-undang bertulis” ertinya mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pencen dan faedah lain bagi pegawai dalam perkhidmatan awam atau pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan, dan bagi orang tanggungan mereka, dan termasuk Akta ini. Penyelarasan pencen dan faedah lain bagi pegawai dan orang tanggungan 3. (1) Pencen dan faedah lain yang diberikan kepada pegawai dan orang tanggungannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan sebanyak dua peratus mengikut peruntukan Akta ini dan hendaklah dibayar atau adalah kena dibayar mulai Januari setiap tahun.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy