Akta 228 - Akta Penghitungan Semula Pencen 1980

9 (a) satu perlapan daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat sedikit sahaja; (b) satu perempat daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat; (c) tiga perlapan daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat pada matanya; (d) setengah daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu musnah sama sekali. (3) Bagi maksud subseksyen (1) dan (2), “gaji” ertinya gaji hakiki bulanan dan apa-apa elaun berpencen yang diterima oleh pegawai itu pada mula ia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu. (4) Elaun bencana hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan atau elaun persaraan atau ganjaran yang diberi masing-masingnya di bawah seksyen 6 atau 8 tetapi jumlah kesemuanya yang kena dibayar di bawah seksyen ini tidak boleh lebih daripada dua pertiga daripada gaji akhir yang diterimanya. Pencen tanggungan 11. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), pencen tanggungan yang kena dibayar di bawah Ordinan itu, dihitung sebagai pecahan daripada gaji pegawai itu pada mula dia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu, boleh diberi― (a) kepada balu pegawai itu, selagi tidak berkahwin dan berkelakuan baik sebanyak satu perenam daripada gajinya; (b) jika pegawai yang mati itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen telah diberi di bawah perenggan (a) sebanyak satu perempat puluh lapan daripada gajinya kepada setiap anak hingga seramai enam orang; Penghitungan Semula Pencen 9

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy