Akta 228 - Akta Penghitungan Semula Pencen 1980

8 Undang-Undang Malaysia A KTA 228 Elaun persaraan dan ganjaran kepada pegawai tidak berpencen 8. Elaun persaraan dan ganjaran yang diberi kepada pegawai tidak berpencen yang bersara di bawah Ordinan itu hendaklah masing- masingnya senilai dengan tiga perempat daripada pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 6. Elaun persaraan terbitan dan ganjaran terbitan 9. Elaun persaraan terbitan dan ganjaran terbitan yang diberi di bawah Ordinan itu hendaklah dihitung sama caranya seperti penghitungan elaun persaraan dan ganjaran di bawah seksyen 8. Elaun bencana 10. (1) Elaun bencana bulanan yang diberi kepada seseorang pegawai yang bersara akibat daripada menanggung bencana atau mendapat penyakit semasa sebenarnya menjalankan tugasnya di bawah Ordinan itu ialah― (a) satu perdua belas daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat sedikit sahaja; (b) satu perenam daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat; (c) satu perempat daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat pada matanya; (d) satu pertiga daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu musnah sama sekali. (2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), seseorang pegawai yang menanggung bencana secara kekal semasa sebenarnya menjalankan tugasnya di bawah Ordinan itu atau semasa bertugas dalam Kawasan Keselamatan yang diisytiharkan di bawah seksyen 47 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [ Akta 82 ], elaun bencana yang kena dibayar ialah―

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy