Akta 228 - Akta Penghitungan Semula Pencen 1980

7 Pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan 6. (1) Seseorang pegawai berpencen yang bersara di bawah Ordinan itu boleh apabila ia bersara diberi― (a) pencen bulanan berdasarkan satu perenam ratus daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimanya; dan (b) ganjaran berdasarkan satu perdua puluh daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya. (2) Jika seseorang pegawai berpencen bersara di bawah Ordinan itu― (a) apabila jawatannya dihapuskan; atau (b) bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu berkhidmat mudah diperbaiki dan dengan itu terhasil kecekapan atau keekonomian yang lebih lagi, sebagai tambahan kepada ganjaran yang diberi di bawah perenggan ( 1 )( b ) di atas, pencennya boleh, sekiranya mendatangkan faedah kepada pegawai itu, dihitung berdasarkan satu perlima ratus daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimanya. Pencen terbitan dan ganjaran terbitan 7. Pencen terbitan dan ganjaran terbitan yang diberi di bawah Ordinan itu hendaklah dihitung sama caranya seperti penghitungan pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan di bawah seksyen 6. Penghitungan Semula Pencen 7

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy