Akta 228 - Akta Penghitungan Semula Pencen 1980

6 Undang-Undang Malaysia A KTA 228 Pemakaian 4. Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia bagi pegawai dalam perkidmatan awam― (a) yang telah memilih atau yang disifatkan telah memilih Skim itu; (b) yang telah dilantik di bawah Skim itu; atau (c) yang oleh sebab pilihan mereka adalah terikat oleh Skim itu. Tafsiran 5. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain― “gaji yang akhir diterima” ertinya gaji hakiki bulanan yang akhir diterima dan termasuklah apa-apa elaun berpencen; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; “Ordinan” ertinya Ordinan Pencen 1951[ Ord.1 tahun 1951 ], Ordinan Pencen Sabah 1963 [ Ord. 3 tahun 1963 ], Ordinan Pencen Sarawak [ Bab 89 ] dan segala Peraturan yang dibuat di bawahnya; “pegawai” ertinya semua kategori pegawai sebagaimana yang ditakrifkan dalam Ordinan itu; “pegawai berpencen” ertinya pegawai yang telah diletakkan dalam perjawatan berpencen berdasarkan Skim di bawah Ordinan itu; “perkhidmatan yang boleh dimasukira” ertinya tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira di bawah Ordinan itu; “Skim” ertinya gaji dan terma serta syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pegawai dalam perkhidmatan awam berdasarkan syor oleh Suruhanjaya Diraja Suffian dan Suruhanjaya Diraja Aziz mengenai gaji dan terma serta syarat perkhidmatan bagi pegawai sedemikian itu yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy