Akta 228 - Akta Penghitungan Semula Pencen 1980

5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 228 AKTA PENGHITUNGAN SEMULA PENCEN 1980 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai penghitungan semula pencen, ganjaran dan faedah lain bagi pegawai dalam perkhidmatan awam, yang tertakluk kepada gaji dan terma serta syarat perkhidmatan berdasarkan syor oleh Suruhanjaya Diraja Suffian dan Suruhanjaya Diraja Aziz, dan tanggungan mereka. [ 1 Ogos 1968 ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut : Tajuk ringkas dan mula permulaan kuat kuasa 1 . Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penghitungan Semula Pencen 1980 dan hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuat kuasa pada 1Ogos 1968. Akta hendaklah dibaca bersama dengan Ordinan 2. Akta ini hendaklah dibaca bersama dengan Ordinan. Peruntukan Akta hendaklah terpakai 3. Walau apa pun peruntukan dalam Ordinan berkenaan dengan penghitungan pencen, ganjaran dan lain-lain faedah, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy