Akta 228 - Akta Penghitungan Semula Pencen 1980

11 baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi. (2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), pada menghitungkan apa-apa pencen yang kena dibayar kepada seseorang pegawai yang mati akibat daripada menanggung bencana semasa sebenarnya menjalankan tugasnya atau semasa bertugas dalam Kawasan Keselamatan yang diisytiharkan di bawah seksyen 47 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, pecahan dalam subseksyen (1) hendaklah dibaca seolah-olah telah digantikan satu perenam dengan satu perempat; satu perempat puluh lapan dengan satu perdua puluh empat; satu perdua puluh empat dengan satu perdua belas dan satu perdua belas dengan satu perlapan di mana-mana jua ia terdapat. (3) Jika seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah layak mendapat pencen tanggungan dan pencen terbitan maka dia hendaklah dibayar amaun yang lebih tinggi di antara dua amaun itu selama tempoh dua belas tahun setengah dan selepasnya itu dia hendaklah dibayar pencen tanggungan. Kuasa hendaklah dijanlankan oleh Ketua Pengarah 12. Semua kuasa di bawah Akta ini hendaklah dijalankan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Ketua Pengarah secara bertulis. Penghitungan Semula Pencen 11

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy