Akta 228 - Akta Penghitungan Semula Pencen 1980

10 Undang-Undang Malaysia A KTA 228 (c) jika pegawai yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu, atau tiada pencen diberi kepada balu itu sebanyak satu perdua puluh empat daripada gajinya kepada setiap anak hingga seramai enam orang; (d) mulai dari tarikh kematian seseorang balu yang kepadanya pencen telah diberi di bawah perenggan (a) sebanyak satu perdua puluh empat daripada gajinya kepada setiap anak pegawai yang mati hingga seramai enam orang; (e) jika ibu pegawai yang mati itu bergantung sepenuhnya atau pada sebahagian besarnya pada pegawai itu untuk nafkah pada masa kematiannya dan― (i) pegawai yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu atau jika tiada pencen diberi kepada balunya sebanyak satu perenam daripada gaji pegawai itu kepada ibunya selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi; atau (ii) pegawai yang mati itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen diberi di bawah perenggan (a) sebanyak satu perdua belas daripda gaji pegawai itu kepada ibunya selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi; (f) jika ibu pegawai yang mati itu sudah mati dan bapanya bergantung sepenuhnya atau pada sebahagian besarnya pada pegawai itu untuk nafkah pada masa kematiannya dan― (i) pegawai yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu atau jika tiada pencen diberi kepada balunya sebanyak sau perenam daripada gaji pegawai itu kepada bapanya selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi; atau (ii) pegawai yang mati itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen diberi di bawah perenggan (a) sebanyak satu perdua belas daripada gaji pegawai itu kepada bapanya selagi berkelakuan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy