Akta 227 - Akta Pencen 1980

Pencen 9 terkumpul kepada seseorang pegawai yang gajinya tidak dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Peraturan-peraturan 5. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud Akta ini. (2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh diberi kuat kuasa kebelakangan kepada suatu tarikh yang lebih awal daripada mula berkuat kuasanya Akta ini supaya dapat memberi faedah kepada mana-mana orang atau menghapuskan sesuatu kelemahan yang terkait pada mana-mana orang. Penghitungan pencen, dsb. 6. (1) Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberi di bawah Akta ini hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan itu; dengan syarat bahawa, bagi persaraan di bawah perenggan 10(5) (a) atau di bawah seksyen 12 A , amaun pencen yang diberikan tidak boleh kurang daripada satu perlima dari gaji akhir yang diterima oleh pegawai itu. (2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai yang bersara sebelum disahkan dalam jawatannya yang kedua atau yang berikutnya, gaji yang akhir diterima ialah gaji yang akhir diterima bagi jawatannya yang terdahulu dalam mana ia telah disahkan jika sekiranya dia terus memegang jawatannya yang terdahulu itu sehingga persaraannya. (3) Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan kepada seseorang pegawai yang bersara di bawah seksyen 11 hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan yang jumlah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya hendaklah dikira seolah-olah pegawai itu telah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksanya, yang mana jua terpakai baginya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy