Akta 227 - Akta Pencen 1980

8 Undang-Undang Malaysia A KTA 227 “perkhidmatan awam lain” ertinya perkhidmatan di bawah sesuatu Kerajaan yang dinyatakan dalam Jadual bagi pegawai yang ditukarkan ke perkhidmatan awam; “perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah peraturan-peraturan itu; “Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan” ertinya suatu Pihak Berkuasa Berkanun atau suatu Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis; dan “Skim Baru” ertinya gaji dan had serta syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pegawai dalam perkhidmatan awam berbangkit dari penyemakan gaji dan had serta syarat perkhidmatan bagi pegawai itu yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mulai dari 1 Januari 1976, atau dari apa-apa penyemakan lain kemudiannya yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa. Pencen, dsb., bukan suatu hak yang mutlak 3. (1) Tiada seorang pun pegawai boleh mempunyai hak mutlak untuk mendapat pampasan bagi perkhidmatan yang lepas atau untuk mendapat apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain di bawah Akta ini. (2) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa seseorang pegawai telah bersalah atas kecuaian, salah aturan atau salah laku, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengurangkan atau menahan pencen, ganjaran atau faedah lain yang pegawai itu sepatutnya layak mendapat jika tidak kerana peruntukan seksyen ini. Pencen, dsb., hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 4. (1) Pencen, ganjaran atau lain-lain faedah yang diberikan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. (2) Bagi maksud Akta ini, pencen, ganjaran atau faedah lain tidak termasuk apa-apa award wang tunai yang diberi sebagai ganti cuti rehat yang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy