Akta 227 - Akta Pencen 1980

Pencen 7 sebagai seorang pegawai berpencen di bawah subseksyen 6 A (6 C ) atau seksyen 8; “pegawai negeri” ertinya seseorang pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan sesuatu Negeri; “pegawai persekutuan” ertinya seseorang pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan; “pegawai persekutuan tempatan” ertinya seseorang pegawai yang direkrut untuk berkhidmat, atau ditukarkan ke perkhidmatan, di bawah Kerajaan Persekutuan di Sabah atau Sarawak dan tidak ditukarkan secara tetap ke perkhidmatan di luar Sabah atau Sarawak; “peraturan-peraturan” ertinya mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 5; “perkhidmatan awam” ertinya— (a) Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; (b) Perkhidmatan Awam Am bagi Kerajaan Persekutuan; (c) Pasukan Polis; (d) Perkhidmatan Kereta api; (e) Perkhidmatan Pelajaran; (f) Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Kerajaan Persekutuan dan bagi satu atau beberapa Negeri; (g) Perkhidmatan Awam bagi tiap-tiap satu Negeri; (h) Perkhidmatan Parlimen; atau (i) mana-mana perkhidmatan lain yang diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai perkhidmatan awam bagi maksud Akta ini;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy