Akta 227 - Akta Pencen 1980

6 Undang-Undang Malaysia A KTA 227 Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain — “anak” ertinya anak seorang pegawai yang mati— (a) iaitu anak yang di bawah umur dua puluh satu tahun dan termasuk — (i) anak yang lahir selepas kematian pegawai itu, anak tiri tanggungan dan anak tak sah taraf pegawai itu; dan (ii) anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan (b) iaitu seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun; “gaji yang akhir diterima” ertinya gaji hakiki bulanan yang akhir diterima atau dalam hal persaraan di bawah seksyen 12 A gaji hakiki bulanan sebenarnya yang akhir diterima yang dibayar kepadanya oleh pertubuhan itu semasa dia tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru, dan termasuklah apa-apa elaun berpencen; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; “lain-lain perkhidmatan awam” ertinya perkhidmatan di bawah sesuatu Kerajaan yang dinyatakan dalam Jadual bagi pegawai yang ditukarkan ke perkhidmatan awam; “pegawai” ertinya seseorang pegawai yang bekerja sepenuh masa dalam perkhidmatan awam; “pegawai berpencen” ertinya seseorang pegawai yang telah diberi taraf sebagai seorang pegawai berpencen di bawah seksyen 7 atau yang disifatkan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy