Akta 227 - Akta Pencen 1980

5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 227 AKTA PENCEN 1980 Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pentadbiran pencen, ganjaran dan lain-lain faedah bagi pegawai dalam perkhidmatan awam dan juga tanggungan mereka. [ 1 Januari 1976 ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas, mula berkuat kuasa dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencen 1980 dan hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1976. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia bagi— (a) pegawai dalam perkhidmatan awam yang telah memilih atau disifatkan telah memilih mana-mana Skim Baru; (b) pegawai dalam perkhidmatan awam yang telah atau adalah dilantik di bawah mana-mana Skim Baru; (c) pegawai dalam perkhidmatan awam yang oleh kerana pilihan mereka adalah terikat dengan mana-mana Skim Baru; atau (d) pegawai sementara dalam perkhidmatan awam yang dilantik sebelum 1 Januari 1976 dan yang tidak diberi pilihan untuk memilih Skim Baru yang mula berkuat kuasa dari tarikh itu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy