Akta 227 - Akta Pencen 1980

Pencen 27 (iv) ibu kepada pegawai yang mati, atau jika ibunya telah mati, bapa tanggungannya; (b) “belum dibayar” ertinya belum dibayar oleh Kerajaan atau belum dikeluarkan oleh orang yang berkenaan. Pembayaran hadiah untuk maklumat 26 A . (1) Ketua Pengarah boleh memerintahkan pembayaran hadiah sebagaimana dia fikirkan patut kepada mana-mana anggota masyarakat untuk maklumat yang diberikan yang membawa kepada sabitan bagi— (a) kes-kes penipuan untuk menikmati pencen dan lain-lain faedah yang diberikan di bawah Akta ini; atau (b) kesalahan di bawah peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (2) Apa-apa hadiah yang dibayar di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Pindaan bagi Jadual 27. Yang di-Pertuan Agong boleh melalui pemberitahu dalam Warta mengisytiharkan mana-mana perkhidmatan menjadi perkhidmatan awam lain dalam Jadual bagi maksud Akta ini. Pemansuhan dan kecualian 28. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Ordinan Pencen 1951 sebagaimana dipakai bagi mereka yang memilih Skim Baru atau yang dilantik di bawah Skim Baru adalah dimansuhkan. (2) Ordinan Pencen 1951, Ordinan Pencen Sabah 1963, dan Ordinan Pencen Sarawak hendaklah terus dipakai bagi pegawai yang tidak memilih Skim Baru atau yang tidak dilantik di bawah Skim Baru.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy