Akta 227 - Akta Pencen 1980

26 Undang-Undang Malaysia A KTA 227 dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; atau (iv) dalam hal seseorang anak tidak sah taraf, ialah anak yang dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan. (c) ( Dipotong Akta A134 ) . 25 A . (Dipotong Akta A1343). Pembayaran tanpa probet atau surat kuasa mentadbir 26. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang yang kepadanya apa-apa pembayaran boleh dibuat di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya mati sebelum pembayaran dibuat di bawahnya mati sebelum pembayaran dibuat, amaun yang masih belum dibayar itu boleh dibayar kepada orang tanggungannya tanpa probet atau surat kuasa mentadbir. (2) Jika seseorang pegawai mati dalam perkhidmatan, apa-apa pembayaran tunai yang boleh dibayar sebagai ganti cuti terkumpul yang diberi di bawah peraturan-peraturan bolehlah dibayar kepada orang-orang tanggungannya tanpa probet atau surat kuasa mentadbir. (3) Jika apa-apa pembayaran dibuat dengan suci hati di bawah seksyen ini dan menurut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, pembayaran tersebut hendaklah menjadi pelepasan sepenuh dan sepatutnya akan segala liabiliti, dan tiada tindakan, guaman atau prosiding bagi pembayaran tersebut atau yang mempersoalkan tentang pembayaran tersebut boleh dibawa atau diadakan terhadap Kerajaan atau mana-mana pegawai atau pekhidmatnya. (4) Bagi maksud seksyen ini— (a) “orang tanggungan” ertinya- (i) balu kepada si mati; (ii) duda kepada si mati; (iii) anak kepada si mati;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy