Akta 227 - Akta Pencen 1980

Pencen 25 (b) telah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira dengan Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri; dan (c) telah pada tarikh perlantikannya tidak kena membayar carum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lain-lain kumpulan wang simpanan. Pemberian elaun bersara terbitan kepada pegawai sementara 25 . Tertakluk kepada seksyen 16 — (a) jika seseorang pegawai sementara mati dalam perkhidmatan dan sepatutnya menjadi layak mendapat elaun bersara dan ganjaran di bawah seksyen 24 jika sekiranya dia telah bersara pada tarikh kematiannya, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu — (i) ganjaran terbitan yang banyaknya sama dengan ganjaran pegawai itu; dan (ii) elaun bersara terbitan yang banyaknya sama dengan elaun bersara pegawai itu; (b) jika seseorang pegawai sementara yang sedang menerima elaun bersara mati dalam atau selepas tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraannya, elaun bersara terbitan yang sama banyaknya dengan elaun bersara pegawai itu boleh diberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan: Dengan syarat bahawa apa-apa pemberian elaun bersara terbitan selepas tamatnya tempoh dua puluh tahun hendaklah dibuat hanya jika penerimanya— (i) dalam hal seseorang balu atau duda, telah berkahwin dengan pegawai yang mati itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (ii) dalam hal seseorang anak atau anak tiri tanggungan, ialah anak atau anak tiri tanggungan hasil perkahwinan yang telah berlaku semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (iii) dalam hal seseorang anak angkat, ialah anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy