Akta 227 - Akta Pencen 1980

24 Undang-Undang Malaysia A KTA 227 Penggantungan pencen 23. (1) Jika seseorang pegawai yang diberikan pencen di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dilantik semula sebagai seorang pegawai tetap dalam perkhidmatan awam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menggantung pencen itu sepanjang tempoh ia dilantik semula sebagai seorang pegawai tetap. (2) Tertakluk kepada subseksyen (1), jika seseorang pegawai telah bersara di bawah subperenggan 11 (a) (i) dan 11 (b) (i) dan dalam tempoh lima tahun persaraannya itu melibatkan dirinya dalam apa-apa aktiviti yang mungkin bercanggah dengan tujuan ia disarakan, Yang di-Pertuan Agong boleh menggantung pencennya sehingga ia mencapai umur enam puluh tahun atau genapnya tempoh bersara selama lima tahun, mengikut mana yang lebih awal. (2 A ) Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik semula sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Berkenaan dengan persaraan di bawah subperenggan 11 (b) (i), subseksyen (2) hendaklah terpakai hanya bagi pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam selepas mula berkuat kuasanya subseksyen ini. Pemberian elaun bersara kepada pegawai sementara 24. Apabila seseorang pegawai sementara yang terus berkhidmat di bawah Skim Baru bersara di bawah seksyen 10, 11 atau 12, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi elaun bersara dan ganjaran yang banyaknya sama dengan tiga per empat daripada pencen dan ganjaran yang masing-masingnya lazim kena dibayar kepada seseorang pegawai berpencen yang bersara di bawah hal keadaan yang sama di bawah Akta ini jika pegawai sementara itu— (a) telah berkhidmat terus-menerus dengan Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri sebelum daripada 1 Januari 1976 dan sehingga tarikh persaraanya selepas 1 Januari 1976;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy