Akta 227 - Akta Pencen 1980

Pencen 23 dari Malaysia atau telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya, pencen atau faedah lain tersebut hendaklah terhenti dengan serta merta. (2) Jika pencen atau faedah lain terhenti di bawah subseksyen (1), tiada pencen atau faedah lain boleh diberi kepada orang tanggungan. Pencen maksimum 22. (1) Pencen perkhidmatan yang diberikan kepada seseorang pegawai di bawah Akta ini tidak boleh melebihi tiga per lima daripada gaji yang akhir diterimanya. (2) Jika seseorang pegawai telah diberikan pencen atau sedang diberikan pencen berkenaan dengan perkhidmatan awam lain, maka dia boleh diberikan pencen penuh yang dia berhak mendapat berkenaan dengan perkhidmatan awamnya, tetapi tiada seorang pun pegawai sedemikian itu boleh mengeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan amaun pencen yang, apabila ditambah kepada amaun pencen yang diterima berkenaan dengan perkhidmatan awam lain, melebihi enam per sepuluh daripada gaji yang akhir diterimanya. (3) Bagi maksud subseksyen (2), pencen seseorang pegawai berkenaan dengan perkhidmatan awam lainnya ertinya amaun pencen yang ia mungkin dapat jika sekiranya dia memilih tidak hendak dibayarkan pencen gantian tetap dan pencen susutan. (4) Bagi maksud seksyen ini, apa-apa faedah yang diberikan di bawah seksyen 17 atau 18 tidak boleh diambil kira. Pencen serendah-rendahnya bagi perkhidmatan penuh 22 A . Berkenaan dengan pencen yang telah dikira berdasarkan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira selama tidak kurang daripada dua puluh lima tahun, amaun yang kena dibayar di bawah Akta ini tidak boleh kurang daripada satu ratus lapan puluh ringgit sebulan atau apa-apa amaun sebagaimana ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy