Akta 227 - Akta Pencen 1980

22 Undang-Undang Malaysia A KTA 227 (b) menunaikan perintah daripada Mahkamah supaya dibayar secara berkala sejumlah wang untuk nafkah bagi isteri atau bekas isteri atau anak yang belum dewasa, sama ada sah taraf atau tidak, pegawai yang telah diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain itu; atau (c) menunaikan perintah mahkamah yang dikeluarkan berhubung dengan perkara kebankrapan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengannya. 20. ( Dipotong oleh Akta A1409 ) . Pencen, dsb., terhenti apabila disabitkan 21. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika mana-mana orang yang telah diberikan pencen atau faedah lain di bawah Akta ini dikenakan hukuman mati atau penjara selama sesuatu tempoh oleh suatu Mahkamah, maka pencen atau faedah lain itu hendaklah terhenti dengan serta merta. (2) Pencen atau faedah lain di bawah subseksyen (1) itu hendaklah diberikan semula dengan kuat kuasa kebelakangan bagi seseorang yang selepas disabitkan mendapat pengampunan. (3) Jika sesuatu pencen atau faedah lain terhenti di bawah subseksyen (1), Yang di-Pertuan Agong boleh memberi elaun tanggungan yang banyaknya sama dengan semua atau mana-mana bahagian daripada wang yang pesara itu sepatutnya berhak mendapat sebagai pencen atau faedah lain yang difikirkannya patut kepada isteri atau anak pesara untuk nafkah dan faedah mereka dan, selepas tamat tempoh hukumannya, juga bagi faedah pesara itu sendiri. Pencen, dsb., akan terhenti apabila memperolehi kewarganegaraan negara lain 21 A . (1) Jika seseorang yang telah diberikan pencen atau faedah lain di bawah Akta ini telah dengan sukarelanya (selain perkahwinan) memperoleh kewarganegaraan, atau telah menggunakan hak kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharan kesetiaan kepada, mana-mana negara lain selain

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy